MAYAT seorang pemain bola sepak muda ditemukan di kediamannya yang terletak di barat Wales, United Kingdom selepas memuat naik posting menyedihkan di media sosial. Memetik laporan Wales Online, Brendon Holder memuat naik posting tersebut di Facebook pada awal pagi Sabtu. Posting tersebut berbunyi: "Saya minta maaf kepada mereka yang saya sakiti. "Jangan anggap saya mementingkan diri. Saya bukan anak dan kawan yang terbaik. "Saya minta maaf, jumpa anda semua nanti... tidak sabar bertemu kamu, ibu. "Minta maaf kepada sesiapa yang saya sakiti. Selama tinggal semua." Beberapa minit kemudia, dia memuat naik pula gambarnya bersama ibu ketika masih bayi. Memetik laporan Mirror UK, mayat Brendon ditemukan tidak lama selepas itu. Abangnya, Jamie meluahkan ucapan dengan mengatakan bahawa Brendon merupakan seorang adik yang penyayang, berani dan gemarkan cabaran. Tambahnya, Brendon menyentuh hati ramai orang dan ketiadaannya pasti akan dirindui oleh semua. Pelbagai kata-kata ucapan ditujukan kepada Brendon menerusi media sosial selepas berita kematiannya disahkan. Seorang rakannya berkata, Brendon mencuri hati orang dengan ketampanan wajah, kemahiran dan personalitinya. Manakala seorang lagi kenalan berkata berita itu sangat tragis: "Kalaulah anda tahu betapa ramai orang yang peduli dan sayangkan anda. "Saya akan merindui senyuman manis anda setiap hari." Brendon merupakan pemain bola sepak kelab Carmarthen Stars. Kelab itu telah membatalkan dua perlawanan yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini selepas berita kematiannya tersebar. Jurucakap polis berkata: "Waris dan koroner telah dimaklumkan mengenai kejadian ini, kematiannya tidak dikelaskan sebagai mencurigakan."