suria

Netizen cemburu gadis kahwin lelaki 70 tahun, dapat hantaran mewah

Andi Sulfaidah. -foto detikcom

PENGANTIN perempuan berusia 30 tahun dan pasangannya berusia 70 tahun!

Itulah kisah mengenai Andi Sulfaidah yang bakal berkahwin dengan Alwi Daeng Makkelo pada jarak usia yang cukup jauh.

Apa yang lebih menarik mengenai perkahwinan mereka adalah hantarannya yang agak mewah iaitu sebuah kereta Honda, sebuah rumah di atas nama Andi, barang kemas dan wang tunai Rp200 juta (RM56,524.94).

-foto zul/detikcom

-foto zul/detikcom

"Ya betul ada warga di Kecamatan Cina yang mengesahkan maharnya kelmarin. Akad nikah bakal diadakan pada 19 Ogos ini," kata pendaftar pernikahan di Kecamatan Cina, Bone, Indonesia, Andi Ilham, memetik detikcom, Khamis.

Lamaran telah dibuat pada Rabu di Dusun Bulu Dua, Desa Tanete Harapan, Kecamatan Cina, Bone.

Pihak lelaki telah mencapai kesepakatan dengan keluarga pihak pengantin perempuan.

-foto zul/detikcom

Bagaimanapun mahar dan hantaran lain yang dipersetujui telah tular dan menjadi perbualan netizen.

Semuanya telah diserahkan dan sah menjadi milik gadis berkenaan. -detikcom

hantaran, mas kahwin, lelaki berusia

Artikel Lain