suria

Pekerja salun guna Super Glue lekat bulu mata palsu, video 'ngeri' tular

-foto FB Fara Beautysalon

MATA seorang wanita bengkak dan hampir tiada bulu selepas pekerja sebuah salon kecantikan menngunakan Super Glue, bukannya pelekat kosmetik untuk memasang bulu mata palsu di matanya.

Sejak video mengenai matanya dimuat naik pada Sabtu, lebih sejuta orang menonton video mengerikan itu, menunjukkan wanita berkenaan, yang tidak dinamakan melakukan kerja-kerja pembaikan terhadap matanya yang hampir 'rosak'.

Pakar kecantikan yang dipertanggungjawabkan untuk 'membaiki' kerja buruk itu yang hanya dikenali sebagai Fara berkata wanita dalam video berkenaan berlari ke salunnya di Phuket pada Jumaat, untuk meminta pertolongan.

Fara terkejut melihat apa yang disifatkannya sebagai salah satu kes yang paling berbahaya dan menyakitkan yang pernah dilihatnya dalam tempoh 10 tahun bekerja dalam bidang kecantikan.

-foto FB Fara Beautysalon

Fara berkata dia memutuskan untuk berkongsi video itu sebagai peringatan untuk wanita lain.

"Gila, ia betul-betul sakit ketika dia membuat sambungan! Pelanggan itu beritahu saya bahawa dia mahu bulu matanya itu segera dikeluarkan selepas ia dipasang," kata Fara.

Ia jelas sangat sukar kerana Super Glue yang digunakan telah mengeras, memaksa Fara mencari penyelesaian untuk melembutkan gam itu sebelum cuba membuangnya.

"Terdapat banyak kedai hari ini yang menganggap mereka boleh melakukannya hanya dengan menonton video YouTube," kata Fara, mendakwa dia menerima latihan dari sebuah sekolah kecantikan yang dikendalikan oleh warga Jepun di Thailand.

-foto FB Fara Beautysalon

Walaupun Fara tidak bertanya kepada pelanggannya di mana dia membuat sambungan itu, dia berkata penyelidikan penting sebelum memilih salon.

"Sentiasa minta gambar pelanggan terdahulu daripada pakar kecantikan dan tanya tentang peralatan yang dia gunakan," nasihat Fara.

"Seorang yang betul-betul profesional sepatutnya mempunyai portfolio menunjukkan gambar sebelum dan selepas, dan bagaimana bentuk bulu mata itu beberapa hari selepas proses pemasangan."

"Seperti pembedahan kosmetik, untuk mendapatkan hasil yang baik bukan sahaja memerlukan latihan yang betul tetapi juga keazaman, kesabaran dan kreativiti."

bulu mata palsu, Super Glue, salun

Artikel Lain