suria

Bapa dipenjara akibat gosok sos cili pada mata, mulut dan hidung bayi

SEORANG bapa dijatuhi hukuman penjara dua tahun lima bulan pada Rabu lalu selepas melakukan serangan jenayah terhadap bayi perempuannya berusia dua bulan.

Shawn Michael Foltz, 32m mengaku bersalah pada Jun lalu kerana melakukan jenayah tahap ketiga terhadap mangsa yang berusia bawah empat tahun.

Rekod mahkamah menunjukkan suspek menggosokkan sos cili dan lada hitam pada mulut, hidung dan mata bayinya.

Malah suspek turut bertindak melibas tuala ke mata anaknya selain mengetuk kepala dan menutup saluran nafasnya sehingga muka mangsa bertukar kebiruan.

Menurut kertas pertuduhan, mangsa melakukan jenayah itu antara April dan Mei 2017.

Menerusi dokumen yang didedahkan dalam satu temubual dengan polis, Foltz berkata kecederaan bayi itu disebabkan tindakannya memukul mangsa dengan tuala dan sudu kayu pada mukanya.

Foltz berkata dia bertindak begitu kerana tidak tahan dengan bunyi tangisan anaknya itu.

Belinda Bailer, bekas isteri Foltz memberitahu hakim bahawa dia seperti tidak mengenali lelaki yang pernah dikahwininya itu.

Bailer dan Foltz sudah berkahwin selama lima tahun.

Bayi perempuan yang didera Foltz bagaimanapun sudah kembali sihat dan aktif.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Bailer turut mendakwa anak lelakinya turut menjadi mangsa kerana melihat perbuatan kejam Foltz terhadap adiknya.

"Dia kini bertemu pakar terapi untuk memulihkan emosinya," kata Bailer.

bapa, sos cili

Artikel Berikut

Artikel Lain