suria

Sambutan hari lahir bertukar tragedi

SEORANG lelaki maut pada ulang tahun kelahirannya yang ke-24 selepas kepalanya terhantuk pada batu semasa terjun ke dalam laut.

Lelaki warga Britain itu dilaporkan sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di San Anonio, Ibiza.

Menurut laporan akhbar tempatan, lelaki itu merupakan seorang pelancong yang meraikan sambutan hari lahirnya bersama rakan-rakan di pantai tersebut.

Insiden berlaku di gua Cala Gracio kira-kira pukul 5.20 petang waktu tempatan.

Meskipun berjaya ditarik keluar dari laut  oleh rakan-rakannya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pasukan kecemasan termasuk polis dan pengawal awam dikejarkan ke lokasi kejadian tetapi lelaki itu gagal diselamatkan.

Batu di tepian gua tersebut amat popular di kalangan pelancong dan kebiasaannya mereka akan terjun ke dalam laut pada ketinggian 20 kaki.

Identiti mangsa yang meninggal itu belum dikenal pasti dan dia dipercayai terjun pada ketinggian tersebut.

terjun, Cala Gracio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain