suria

24 maut, 22 cedera dalam nahas bas rempuh tiga rumah

Gambar oleh AP Photo/Carlos Noriega.

SERAMAI 24 orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera, dalam nahas membabitkan sebuah bas membawa pelancong dari Colombia dan Venezuela di sebuah lebuh raya di timur Quito pada Selasa.

Identiti mangsa yang maut masih belum dapat dikenal pasti, kejadian telah dimaklumkan kepada kedutaan berkaitan, namun difahamkan kebanyakan yang terbunuh ialah warga Columbia, kata setiausaha keselamatan negeri Juan Zapata.

Bas yang mempunyai nombor pendaftaran asing itu, dikatakan hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna sebelum merempuh tiga buah rumah berhampiran lebuh raya.

Tiga rakyat Ecuador dan tiga kanak-kanak yang berada dalam kenderaan pelbagai guna itu terbunuh, kata Christian Rivera, ketua jawatankuasa operasi kecemasan Quito.  

Gambar oleh AFP.

"Usaha sekarang adalah untuk kenal pasti identiti mangsa yang terbunuh," katanya.

Nahas jalan raya antara penyumbang utama kematian di Ecuador. 

Menurut kumpulan pemerhati Justicia Vial, kira-kira tujuh orang terbunuh dan 80 cedera setiap hari akibat kemalangan jalan raya, 96 peratus punca kejadian disebabkan kecuaian.

Pada Ahad, bas membawa peminat Barcelona SC, kelab bola sepak paling popular di Ecuador yang berpusat di Guayaquil, terbabas sebelum terbalik, mengorbankan 12 nyawa dan 30 lagi cedera. - Bernama/NNN Agencies

kemalangan bas

Artikel Lain