BEBERAPA keping foto yang memaparkan budak lelaki berusia dua tahun sedang menghisap rokok tular di laman sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai. Kanak-kanak itu, Rapi Ananda Pamungkas, kelihatan selamba memegang rokok sambil menghembus asap seperti seorang lelaki dewasa. Dia dirakam melakukan aksi itu di gerai milik ibunya di Sukabumi, Indonesia. Aksi itu turut menarik perhatian orang ramai yang berjalan melintasi gerai tersebut. Foto kanak-kanak ini tersebar dan tular sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai. Dia didakawa mengalami ketagihan rokok dan berupaya menghisap sehingga satu kotak dalam sehari. "Pada mulanya, dia kutip puntung rokok di lantai, sekarang dia dah pandai hisap pula. "Saya beri sahaja sebab tak mahu dia meragam dan mengamuk. "Dia tak akan tidur dan mengamuk serta menangis sehinggalah saya beli rokok untuknya setiap hari," ujar ibunya, Maryati yang berusia 35 tahun. Ibunya mengakui terpaksa memberi rokok kerana tidak tahan dengan amukan anaknya. Setiap kali cuba menghalang perbuatan itu, Maryati dan suaminya, Mishabudin terpaksa berhadapan dengan amukan anak kecilnya itu. Sementara itu, bapanya yang juga seorang perokok mengakui kagum dengan kebolehan anaknya. "Saya pun tak merokok sebanyak itu. Saya merokok di tempat kerja sahaja," ujarnya. Pasangan suami isteri itu kini memohon bantuan orang ramai termasuk pakar kesihatan untuk menghentikan ketagihan anaknya. Namun, pihak berkuasa sehingga kini menolak untuk membuat sebarang kenyataan mengenai rakaman tular kanak-kanak itu. - DailyStar.UK