suria

Lagi gempa bumi gegar Lombok

Keadaan rumah yang musnah akibat gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan Lombok pada 5 Ogos lalu.

LOMBOK: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan pulau Lombok di Indonesia pada Ahad.

Ia berlaku dua minggu selepas gempa bumi di Lombok yang mengorbankan lebih 460 orang.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memberitahu, gempa tersebut berpusat di barat daya bandar Belanting di Lombok, dengan kedalaman tujuh kilometer.

Penduduk tempatan berkata, gegaran dirasakan kuat di Lombok Timur.

Pada 5 Ogos lalu, Lombok digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.9 magnitud. - AFP

gempa bumi, Lombok

Artikel Lain