suria

Menteri sarat hamil kayuh basikal ke hospital untuk bersalin

SEORANG menteri yang sedang sarat hamil mengayuh basikal ke hospital untuk melahirkan anak pertamanya.

Julie Anne Genter yang juga Menteri Wanita New Zeland mengayuh basikal sejauh satu kilometer dari rumahnya menuju ke Hospital Auckland City untuk bersalin.

"Ia meletakkan saya pada mood terbaik," tulisnya di media sosial beserta sekeping gambar yang menunjukkannya bersama dengan sebuah basikal.

Genter kini hamil 42 minggu dan berkata dalam posting tersebut bahawa dia sedang menuju ke hospital untuk proses mempercepatkan kelahiran.

Anne Genter.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Genter memberitahu bahawa wanita itu masih belum bersalin setakat petang Isnin.

Genter dimasukkan ke hospital seminggu selepas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kembali bertugas selepas bersalin anak pertamanya, Jun lalu.

Ardern yang dipilih tahun lalu menjadi pemimpin wanita kedua melahirkan anak semasa mentadbir negara selepas Benazir Bhutto (Pakistan) pada 1990.

menteri, bersalin

Artikel Lain