suria

Lamar kekasih gayat, tawar kereta baharu, wang tunai tapi... atas jambatan kaca

XIAO Jing, seorang wanita berusia 23 tahun dari bandar Xinmi, wilayah Henan di China, cuba untuk melamar teman lelakinya selepas menjalinkan hubungan selama tiga tahun.

Namun apa yang pelik adalah lamaran itu dilakukan di sebuah jambatan kaca di Bukit Fuxi.

Teman lelakinya, Xiao Yu, sebenarnya mengalami fobia ketinggian dan sebelum berkahwin, Xiao Jing perlu memastikan kekasihnya itu kuar menangani ketakutannya.

Minggu lalu, Xiao Jing mengaturkan pertemuan bersama teman lelakinya di Jambatan Udara Bukit Fuxi, yang turut disertai teman-teman rapat mereka.

Sebaik tiba di lokasi, Xiao Yu melihat teman wanitanya sedang menunggu di tengah-tengah jambatan gelas berkenaan.

Menyarungkan gaun pengantin putih, Xiao Jing berdiri di sebelah sebuah kereta SUV baharu bersama dengan beg berisi wang tunai AS$14,500 (RM59,413) yang merupakan hantaran kahwinnya.

Xiao Jing menyedari baharu fobia secara umumnya bukan mudah untuk ditangani tetapi ia merupakan caranya yang paling manis bagi memudahkan Xiao Yu menerima lamarannya.

"Walaupun saya gembira bercinta dengan awak selama tiga tahun dan ibu bapa saya mendesak kita untuk berkahwin, saya tidak boleh kahwin dengan awak," katanya menerusi video yang kini tular.

"Awak mahu tahu kenapa? Awak ada kelemahan yang tidak saya tanggung, takutkan ketinggian. Semuanya telah tersedia, apa yang awak perlu lakukan adalah berjalan merentasi jambatan ini dan saya berkahwin dengan awak."

Xiao Yu sekurang-kurangnya melakukan percubaan untuk mengatasi fobia ketinggiannya, tetapi jelas begitu sukar buat lelaki itu.

Ada rakan yang menawarkan diri untuk berjalan bersama di atas lantai kaca itu.

Malah rakan-rakannya cuba menariknya tangannya untuk ke tengan jambatan tetapi berjaya dilepaskannya.

Dia kemudian menyifatkan teman wanitanya seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu menjejaskan hubungan mereka.

Wanita itu kemudian memberitahu akhbar Henan Daily bahawa dia kecewa dengan apa yang berlaku dan mahu memutuskan hubungan dengan kekasihnya.-odditycentral

Artikel Lain