SEORANG ahli perniagaan warga India mahu memujuk kembali teman wanitanya selepas bertengkar, dengan memasang 300 papan iklan dan poster di seluruh pinggir sebuah bandar, sebagai permohonan maaf. Namun tidak dipastikan apakah punca pertengkaran itu sehingga kekasih Nilesh Khedekar, 25, terguris hati. Apa yang jelas adalah dia cukup serius melakukan sesuatu yang menarik perhatian bagi mendapat kemaafan. Minggu lalu, teman wanitanya, Shivde kembali dari Mumbai ke kampung halamannya di Pimple Saudagar, di pinggir Pune, seorang lelaki melahirkan idea kreatif bagi menunjukkan permohonaan maaf selepas perselisihan faham. Ratusan poster pelbagai saiz dengan mesej "Shidve, I Am Sorry!" (Shivde, Saya Minta Maaf!). Foto DNA India Malam sebelum teman wanitanya itu pulang seperti yang dijadualkan, dia membayar sekumpulan anak mdua untuk memasang papan iklan dan poster di seluruh kawasan kejiranan kekasihnya. Pada pagi Jumaat lalu, penduduk Pimple Saudagar dikejutkan dengan 300 poster dan papan tanda di bangunan, tiang lampu dan papan iklan, masing-masing membawa mesej misteri berserta simbol hati. Rata-rata netizen menyifatkan ia satu cara romantik mengenai idea permohonan maaf, tidak terkecuali ada yang berpendapat ia sesuatu yang merumitkan. Walaupun 300 poster itu telah diturunkan oleh pihak berkuasa, idea Khedekar itu terus tersebar dan tular di Twitter dan Facebook. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada Shivde telah memaafkan teman lelakinya atau tidak. - odditycentral