suria

Budak 2 tahun ini tak lagi hisap 40 batang rokok sehari lepas dapat stok susu, biskut setahun

Habit Rapi menghisap 40 batang rokok sehari mengalahkan orang dewasa. Foto Viral Press

SEORANG budak lelaki berusia dua tahun yang kisahnya tular kerana menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari kini berhenti mengambil nikotin itu.

Semuanya gara-gara dia diberikan bekalan susu dan biskut selama setahun.

Rapi Ananda Pamungkas menghabiskan kira-kira dua kotak rokok sehari, dan sering menghisapnya di luar gerai makanan ibunya di Sukabumi, Indonesia pada Jun lalu.

Habitnya itu mengalahkan orang dewasa dan dia akan memberontak sekiranya tidak diberikan rokok.

Ibu Rapi, Maryati, 35, mengakui dia membeli rokok untuk menenangkan anaknya.

"Anak saya sudah biasa menghisap rokok sambil minum kopi dan makan kek.

"Dia menghisap rokok setiap hari sejak dua bulan lalu. Kalau tak dapat hisap rokok, anak saya akan mengamuk," katanya.

Malah, anaknya itu memerlukan rokok bagi membolehkannya dia tidur pada waktu malam.

Doktor-doktor dan pegawai-pegawai kerajaan berkunjung ke rumah keluarga kanak-kanak itu di Jawa Barat di Indonesia, minggu lalu, susulan kisah anak kecil itu mendapat liputa meluas.

Rapi diberikan beberapa kotak biskut dan susu formula dengan bekalan itu sehingga tahun depan, khusus buatnya.

Kanak-kanak itu turut diberikan permainan bagi memastikan masanya diisi dan cuba mencari sukan yang boleh disertainya.

Ibu Rapi turut dididik mengenai bahaya merokok dengan menujukkan gambar-gambar kesan daripada meokok.

Pada Isnin, katanya: "Ya, dia sudah berhenti merokok. Saya gembira. Anak saya sudah tidak rokok selama dua hari." - Mirror Online UK

Artikel Lain