suria

Enam pelacur masuk perangkap polis 'hidung belang' selepas kes atlet Jepun 'beli seks'

-foto Pixabay

SELAIN dipenuhi dengan kedai makanan Jepun, Blok M yang terletak di daerah Melawai, Jakarta Selatan yang turut dikenali sebagai Little Tokyo juga menjadi tempat pelacuran pada waktu malam, yang mana kebanyakan wanita memberi 'khidmat' kepada warga Jepun.

Baru-baru ini empat pemain bola keranjang Jepun yang bersaing di Sukan Asia telah dihantar pulang selepas mereka ditangkap meniduri pelacur di salah sebuah hotel di daerah itu.

Skandal itu telah menarik perhatian media yang mana dilaporkan kegiatan seks di situ jarang diberi perhatian pihak berkuasa berbanding kawasan 'panas' lain yang terkenal di Jakarta.

Pada malam Isnin, Agensi Ketenteraan Awam (Satpol PP) berkata mereka menangkap enam pekerja seks di Little Tokyo semasa melakukan operasi menyamar.

Wanita-wanita itu dihukum dengan 'pemulihan sosial'.

"Enam orang yang tertangkap itu sudah kami serahkan Agensi Sosial Jakarta," kata Ketua Satpol PP Jakarta Selatan Ujang Harmawan memetik Tempo, Selasa.

Ujang berkata Satpol PP secara rutin menjalankan serbuan pelacuran di dalam dan sekitar Blok M tetapi mengakui mereka telah meningkatkan usaha susulan kes melibatkan atlet Jepun.

Dalam operasi itu petugas menyamar sebagai lelaki hidung belang untuk menangkap mereka.

Ini kerana, wanita-wanita itu kelihatan seperti orang biasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda seorang pelacur.

Setelah mereka menawarkan 'harga', petugas Satpol PP terus menangkap enam wanita terbabit.

Setelah peristiwa memalukan itu, Jepun terus menghantar pulang empat atletnya. Empat atlet itu adalah Yuya Nagayoshi, Takuya Hashimoto, Takuma Sato, dan Keita Imamura.

"Saya berasa malu. Kami meminta ribuan maaf dan akan membimbing atlet kami mulai sekarang," demikian kenyataan chef de mission kontinjen Jepun, Yasuhiro Yamashita.

Yamashita berkata keempat-empat atlet itu meninggalkan perkampungan atlet pada Khamis selepas pukul 10 malam untuk makan malam di sebuah restoran Jepun di kawasan Blok M dan kemudian mereka 'membayar pelacur'.

atlet Jepun, seks, pelacur

Artikel Lain