suria

Selepas dua gempa bumi di Lombok, Bali pula bergegar

Gambar fail Gunung Agung di Bali. Foto AFP

BALI dilanda gempa bumi berukuran 5.2 magnitud.

Ia merupakan gempa bumi ketiga menggegarkan kepulauan Indonesia dalam tempoh sebulan.

Terdahulu, dua gempa melanda Lombok, mengorbankan 500 orang.

Dilaporkan, pelancong dikejutkan dengan gegaran itu dan yang lain melarikan diri keluar dari hotel.

Gegaran tersebut lebih kecil berbanding gempa berukuran 6.3 dan 6.9 magnitud yang melanda Lombok awal bulan ini.

Angka kematian akibat dua gempat itu mencecah 500 orang, dengan sekurang-kurangnya 1,300 cedera di Lombok dan Bali. - The Sun UK

Bali, Lombok

Artikel Lain