suria

Penumpang terpaksa pandu sendiri sebab pemandu teksi 'mengantuk sangat' dan tambangnya...

-foto FB Santiphap Khunchanmee

SEORANG penumpang terpaksa menjadi pemandu teksi gara-gara pemandunya yang sebenar mengantuk.

Semuanya bermula apabila pemandu teksi tersebut mengadu mahu melelapkan matanya sebentar ketika berhenti di lampu isyarat merah.

Posting gambar Santiphap Khunchanmee di Facebook tular apabila dia berkongsi gambar kenangan dengan pemandu teksi di Bangkok itu, Rabu.

Khunchanmee kemudian menulis kembali perbualan antara dia pemandu teksi itu.

"Bro, saya dah tak tahan lagi. Saya mengantuk sangat. Biar saya tidur sebentar semasa lampu merah ni," kata pemandu teksi itu kepadanya.

Penumpang yang keliru itu bertanya kepada pemandu teksi berkenaan: "Adakah saya perlu memandu?" dan dia menjawab "saya memang harap kamu tawarkan diri."

Bagaimanapun, malang nasib Khunchanmee apabila dia tetap dikenakan tambang penuh 300 baht (RM37.50), satu kadar yang dianggap mahal di Thailand walaupun dia memandu sendiri.

Postingnya yang tular dan mendapat lebih 5,000 perkongsian dalam sehari itu bagaimanapun tidak dibuka untuk orang ramai untuk memberi komen.

Kawannya memuji dirinya kerana menawarkan bantuan untuk memandu.

Dan, jangan terkejut kerana ini bukan kejadian pertama kerana seorang lelaki lain turut mendakwa dia mempunyai pengalaman yang sama dan berkongsi gambar selfienya dengan seorang pemandu teksi yang sedang tidur di tempat duduk penumpang.

pemandu teksi, mengantuk

Artikel Lain