SEORANG budak tiga tahun ditemui mati dalam mesin pengering pakaian di rumahnya di Virginia, Amerika Syarikat (AS). Lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku sehari selepas kanak-kanak itu menyambut ulang tahun ketiga. Mangsa, Brantley Llyod ditemui oleh bapanya, Chet pada 7 Ogos lalu. Bapanya dikatakan bangun untuk mencari anaknya yang memanjat keluar dari katilnya dan masuk ke dalam mesin pengering pakaian di kediaman mereka. Memetik laporan New York Post, bapa mangsa menghubungi pasukan kecemasan bagi melaporkan anak lelakinya itu tidak bernafas. Dia kemudian dilaporkan mengubungi ibu Brantley, Amanda Ray supaya pulang ke rumah dengan segera. Bercakap kepada New York Post, Amanda berkata: "Tidak masuk akal bagi saya. Tiada apa-apa yang ditokok tambah. "Saya tidak faham macam mana anak saya berada dalam mesin pengering baju. Saya tidak faham macam mana dia mati." Brantley tinggal bersama ibunya selama satu setengah tahun. Beberapa laporan mendakwa, Chet memberitahu anaknya tidak mempunyai angin yang baik sebelum dia ditemui mati. Menurut laporan tempatan, punca kematian masih belum dikenal pasti dan kes masih disiasat oleh Polis Virginia. - Mirror Online UK