MOSES Lanham dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai 'Encik Plastik' kerana keupayaan peliknya untuk memusingkan kaki dengan lututnya menerusi pusingan 180 darjah, dan berjalan ke arah belakang. Lelaki berusia 57 tahun itu menyedari keupayaan melakukan aksi sedemikian semasa usianya baru 14 tahun. Ketika itu, dia sedang memanjat tali di kelas gim sebelum terlepas genggamannya dan jatuh ke lantai. Pada mulanya, dia merasakan sesuatu yang telah terkehel, tetapi kemudian dia menyedari dia dengan mudah memusingkan bahagian bawah kakinya dengan 180 darjah dan dipusingkan kembali tanpa sakit. Ujian perubatan mendedahkan bahawa dia berupaya melakukan aksi tersebut disebabkan rawan berganda di bahagian pinggul, lutut dan buku lalinya. Sejak itu dianugerahkan kebolehan itu, dia mula menunjukkan aksi berkenaan kepada orang ramai, malah menakutkan mereka. "Ada sekali tu, saya sebenarnya telah membuatkan seseorang muntah selepas saya memusingkan kaki," kata Lanham kepada The Wizard of Odd. "Saya suka melihat reaksi orang ramai bila saya menunjukkan aksi itu. Ramai yang kagum," ujarnya. - odditycentral