suria

Budak berusia tiga, satu tahun bertahan dalam bangkai kereta selama dua hari, ibu maut

DUA budak lelaki berusia satu dan tiga tahun mampu bertahan selama dua hari dalam bangkai kereta selebas terbabit dalam nahas yang meragut nyawa ibu mereka.

Menurut polis, kejadian yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat, itu disifatkan sebagai satu keajaiban selepas kedua-dua budak lelaki itu selamat.

Polis mendapat tahu tentang kemalanagn itu selepas budak lelaki berusia tiga tahun itu dijumpai sedang berjalan tanpa arah di sepanjang jalan.

Apabila polis menyiarkan gambarnya dalam talian untuk mengetahui siapa ibu bapanya, mereka mendapat tahu bahawa ibunya sudah tidak dilihat selama beberapa hari.

Apabila para pegawai kembali ke tempat budak lelaki itu ditemui, mereka menemui kereta remuk di dalam gaung yang tidak dapat dilihat dari jalan tempat dia ditemui.

Mereka mendapati mayat ibunya tercampak keluar dari kereta itu dan kemudian mendapati terdapat seorang bayi lelaki dalam keadaan sedar dan masih terikat di kerusinya.

Penyiasat percaya bangkai kereta itu sudah berada di situ dua hari lebih awal dan budak berusia tiga tahun itu dapat memanjat keluar dari bangkai kenderaan.

Lebih menakjubkan, cuaca pada hujung minggu begitu panas dengan suhu tinggi, kata Detektif Nathan Greeley.

"Hari ini penuh dengan keajaiban.

"Bayi lelaki berusia tiga tahun dan satu tahun itu mampu bertahan dalam beberapa keadaan, tidak ada apa selain keajaiban, yang membolehkan mereka dapat bertahan dalam kemalangan ini."

Kedua-dua mereka dibawa ke hospital kanak-kanak Arkansas untuk dirawat kerana dehidrasi, tetapi keadaannya tidak mengancam nyawa, kata pihak berkuasa. -Sky News

kemalangan, ajaib, bayi

Artikel Lain