suria

Pengawal keselamatan hospital rakam video kentut selama enam bulan dipecat

SEORANG pengawal keselamatan sebuah hospital yang merakam dirinya kentut di tempat kerja semalam enam bulan telah dipecat.

Pemilik akaun Instagram, The Fart Authority itu kerap memuat naik video tersebut ke platform berkenaan.

Dalam rakaman berulang, Doug melihat ke arah kamera dan menunggu kentutnya itu dikeluarkan.

Apa yang memeranjatkan, seakan-akan 28,000 pengikutnya di Instagram menyukai perbuatan Doug itu.

Doug berkata kepada Vice: "Kawasan lobi mempunyai akustik yang hebat dan secara semula jadinya kita semua kentut.

"Satu hari saya berjaya merakam bunyi kentut yang kuat dan kemudian menghantarnya ke kumpulan bual saya."

Kata Doug, rakan-rakannya turut suka dengan video itu dan mencadangkan agar dia memuat naik ke media sosial.

Pada 25 Mac, Doug memuat naik video pertamanya ke Instagram.

Perbuatan itu diteruskan selama enam bulan ketika dia bertugas di hospital berkenaan.

Namun, selepas akaun Instagram lelaki yang menggelar dirinya Paul Flart itu tular, dia dipecat oleh pihak hospital.

Dia didapati melanggar polisi syarikat yang menghalang pekerja menggunakan telefon bimbit ketika bertugas dan selepas diminta berhenti melakukannya, Doug enggan menuruti permintaan tersebut.

Doug turut merakam dirinya memakai uniform pengawal keselamatan di kawasan persendirian yang juga melanggar peraturan hospital.

Bagaimanapun, Doug berkata, orang ramai dari seluruh dunia menghubunginya pada setiap hari dan memberitahu bahawa video tersebut membuatkan mereka gembira.

Doug kini menghasilkan barang niaga Paul Flart dan video muzik.

Kini, pengikut akaun Paul Flart sudah mencecah 60,000 pengikut. - Mirror UK

kentut

Artikel Lain