suria

Lelaki khayal masuk hospital lepas sumbat 15 telur rebus dalam punggung

Gambar hiasan.

SEORANG lelaki berada dalam keadaan kritikal selepas menyumbat 15 telur rebus ke dalam punggungnya ketika dia sedang khayal.

Lelaki berusia 29 tahun dari Belanda itu berada di bawah pengaruh GHB, sejenis dadah yang digunakan untuk membantu melakukan serangan seksual, ketika dia merebus telur tersebut bersama pasangannya.

Selepas telur itu masak sepenuhnya, dia mengupas kulit telur dan memasukkan ke dalam punggung, lapor Mirror UK ketika memetik laporan Dutch Magazine.

Lelaki itu mula mengalami sakit perut pada malamnya dan terus ke hospital.

Salah seorang doktor berkata: "Pesakit mengalami takikardia (bacaan jantung 120 degupan seminit) dan takipnea (29 nafas pantas seminit)."

Doktor melakukan pengimbasan CT kerana mengesyaki pesakit mengalami sepsis abdomen dan menemukan kesan tebukan pada kolon pelvis dan jumlah udara serta cecair yang banyak pada kaviti abdomen pesakit.

Kata doktor: "Telur itu sudah dikeluarkan sebaik yang kami mampu dan kaviti abdomen pesakit sudah dibilas dengan teliti."

Telur tersebut menyebabkan para doktor terpaksa menjahit dinding gastrousus pesakit.

Artikel Lain