suria

Demi kereta kesayangan, lelaki ini sanggup lari berbogel

Rakaman CCTV yang menunjukkan Stephen berlari keluar dari rumahnya dalam keadaan berbogel. Foto North News and Pictures

SEORANG lelaki terpaksa bangun dari katil dalam keadaan berbogel bagi menangkap seorang remaja yang cuba mencuri keretanya jenis Range Rover.

Stephen Cullen, 29, mendakwa dirinya sebagai 'ninja bogel" mengenai tindakannya menangkap remaja berkenaan di kediamannya di Newcastle, United Kingdom pada kira-kira pukul 11.30 malam Selasa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Stephen berlari ke pintu depannya ketika lampu kereta menyala dan bunyi penggera sebelum dia  menangkap remaja berusia 17 tahun itu.

"Dia (pencuri) sedar saya telanjang," kata Stephen kepada The Sun.

"Dia tidak tahu ke mana hendak meletakkan tangannya," ujar Stephen.

Ketika kejadian, Stephen sedang menonton TV dari katil di biliknya semasa penggera kenderaan berbunyi untuk dia bertindak dengan pantas.

"Kereta itu adalah kebanggaran dan kegembiraan saya, jangan ada sesiapa yang mahu mencurinya dari saya," katanya.

Stephen bagaimanapun melepaskan budak itu kerana usianya yang masih muda, tetapi polis kemudian menahannya.

Namun Stephen tidak akan meneruskan dakwaan ke atas remaja itu, sambil menambah: "Semua orang berhak mendapat peluang kedua." - Mirror Online UK


Artikel Lain