suria

Belum lagi dikurnia anak, Meghan, Putera Harry sudah pun ada 'penghuni' baharu

Meghan Markle dan Putera Harry.

MEGHAN Markle dan Putera Harry nampaknya ada 'penghuni' baharu yang dibawa untuk tinggal bersama di Istana Kensington.

Mungkin belum tiba masanya pasangan itu dikurniakan cahaya mata, tetapi Duke dan Duchess of Sussex itu tidak mahu membuang masa, sebaliknya mengambil seekor anjing sebagai haiwan perliharaan mereka.

Anjing baka Labarador itu dipercayai sebagai ganti kepada anjing kacukan Labrador-Shepherd milik Meghan.

Anjing jantan yang bernama Bogart itu terpaksa ditinggalkan di Kanada apabila Meghan berpindah ke Nottingham Cottage bersama Harry.

Meghan dilaporkan meninggalkan anjinnya itu bersama rakan-rakannya di Toronto, berikutan ia agar uzur untuk dibawa menerusi penerbangan sejauh lebih 5,600 kilometer.

Anjing baharu itu akan menyertai seekora lagi anjing mereka baka Beagle, yang dinamakan Guy. 

Ia dibawa bersama-sama semasa Meghan berpindah ke United Kingdom (UK), November tahun lalu.

"Anjing itu sudah pasti gembira berada di kotej mereka," kata sumber diraja kepada The Daily Mail. - Mirror Online UK

Meghan Markle, Putera Harry

Artikel Lain