suria

Warga emas temui bakal isteri kesembilan menerusi laman web janji temu

Ron sepatutnya berkhawin dengan Cristel tetapi ditinggalkan tunangnya itu pada November tahun lalu.

SELEPAS lapan perkahwinannya berakhir dengan perceraian, seorang lelaki berusia 70 tahun kita menjumpai bakal isteri kesembilannya.

Ron Sheppard, monogami paling terkenal di Britain memberitahu wanita itu ditemuinya menerusi laman web janji temu, dua hari lalu.

Malah, Ron yang ditinggalkan tunangnya pada November lalu berkata dia menerima ratusan mesej daripada wanita yang mahu mengahwininya.

Namun hatinya terpikat dengan seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai berasal dari Somerset, England.

"Dia mesej saya pada Jumaat lalu dan kami berbual panjang sejak itu dan dia kata dia tidak mahu bercakap dengan orang lain.

"Kehidupannya sedikit terganggu dan dia mahu menggembalikan semula kepercayaannya. Saya hanya memberikan sedikit nasihat sebelum hubungan kami jadi rapat.

"Saya kesepian selama 10 bulan dan saya mahu bersama seseorang yang saya percayai dan cintai," katanya.

Ditanya sama ada dia akan mengahwini wanita itu, Ron berkata:"Saya terlalu tua untuk berkahwin lagi dan kita tunggu dan lihat tapi harap ianya jadi kenyataan."

Ron Sheppard.

Ron mendedahkan dia turut menerima notifikasi sebanyak 60 muka surat dari wanita pelbagai peringkat umur termasuk mereka yang sudah berkahwin untuk keluar janji temu dengannya.

"Orang kata jika saya teruskan, saya akan berakhir dengan sebuah pasukan bola sepak. Saya fikir ia kes tunggu dan lihat sahaja," katanya.

Ron pernah berkahwin selama lapan kali dengan hubungan paling lama bertahan sehingga 13 tahun dan paling singkat, 10 bulan.

Dia turut mempunyai tiga orang anak bersama isteri pertamanya, Margeret tetapi mereka bercerai dua tahun kemudian.

Ron kemudian berkahwin dengan Jeanette pada 1973 sebelum bercerai dan bertemu dengan Lesley pada 1976.

Mereka hidup bersama selama lima tahun sebelum Lesley meninggal dunia pada 1996.

Ron bertemu isteri kelapannya, Weng pada 2004 tetapi mereka bercerai pada Mac 2015.

Dia kemudian melamar Cristel Lalec, janda anak satu yang sepatut dikahwininya sebelum ditinggalkan wanita itu pada November tahun lalu.

monogami, kahwin

Artikel Lain