suria

Pasangan dedah minum air kencing mampu hilangkan jerawat, turunkan berat badan

Sillaman (kanan) dan Dabraccio mengamalkan minum air kencing untuk kecantikan dan kesihatan.

DEMI untuk mengekalkan berat badan dan kelihatan cantik, beberapa orang sanggup mengamalkan minum air kencing sendiri.

Julia Sillaman dari Maryland dan Christo Dabraccio (Idaho) mengakui berlaku perubahan diri selepas minum air kencing mereka sendiri.

Dabraccio yang bekerja sebagai ahli kaji cuaca mendakwa berat badannya menurun sebanyak 13.5 kilogram dan terasa segar dan sihat tubuh badannya.

Menurutnya, dia mengamalkan minum air kencingnya sendiri selepas disyorkan oleh seorang pelukis Sillaman.

Sillaman mendedahkan bahawa mukanya kini sudah bersih daripada jerawat dan kehilangan berat badan sebanyak 11.3 kg.

Muka Sillaman sebelum mengamalkan minum air kencing sendiri.

Namun masih belum ada bukti sains yang menunjukkan kelebihan minum air kencing ini.

Dabraccio menggelarnya 'terapi urin' yang membuat dia sentiasa bertenaga.

"Saya mendapat tahu daripada atas talian dan papa mulanya terasa jijik.

"Tetapi makin banyak saya buat kajian dan membaca testimonial, kepercayaan saya semakin bertambah.

"Saya cuba dan berasa tenang, lebih muda malah kulit saya juga semakin berseri," katanya.Dia mengamalkan tiga cawan sehari dan turut menggunakan air kencingnya itu untuk mencuci  muka dan  mata," jelas Dabraccio.

Air kencing

Artikel Lain