PENGGUNA Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila gambar bogel pelakon terkenal Amerika Syarikat Burt Reynolds yang dirakam pada 1970-an dipadam di laman tersebut. Ia berikutan melanggar polisi syarikat media laman sosial itu yang melarang daripada memuat naik gambar bogel. Jurucakap bagi laman media itu memohon maaf kepada semua pengguna Facebook selepas beberapa orang mengadu apabila gambar itu dipadam daripada posting penghormatan kepada Reynolds yang meninggal dunia di usia 82 tahun pada Khamis. Facebook memberitahu Fox News bahawa foto Reynolds dikeluarkan secara 'salah' dan telah kembali dimuat naik. "Ia tidak melanggar polisi standard dan kami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku," jelas kenyataan tersebut. Gambar tersebut dirakam pada tahun 1972 dan menjadi muka depan majalah Cosmo. Gambar tersebut memaparkan Reynolds mengiring sambil berbogel dan tangan kanannya menutup bahagian kemaluan.