PEMAIN pasukan yang menjuarai Piala Dunia, Adil Rami dilaporkan ditinggalkan Pamela Anderson selepas pelakon itu menolak lamarannya untuk berkahwin. Pasangan itu menjalinkan hubungan lebih setahun sebelum pemain pertahanan Perancis itu memberi sebentuk cincin kepada Pamela. Menurut laporan TMZ, pasangan itu berbincang mengenai perkahwinan, tetapi Pamela, 51, menolak rancangan pemain yang 21 tahun lebih muda. Malah, Pamela turut berhasrat untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di French Riviera di Perancis. Cincin Cartier yang diterima Pamela dilaporkan diserahkan kepada anak sulungnya, Brandon. Menurut laporan Page Six, Pamela tawar hati dengan layanan Adil terhadap dua anak lelakinya. - Mirror Online UK