suria

Penumpang kecoh lihat juruterbang tanggal pakaian seragam, tidur di kelas pertama

PENUMPANG sebuah pesawat dalam penerbangan dari New Jersey, Amerika Syarikat (AS) ke Glasgow, Scotland dikejutkan dengan tindakan seorang juruterbang yang menanggalkan pakaian seragamnya sebelum tidur di kabin kelas pertama.

Menurut laporan Mirror Online, jurutertang United Airlines itu berehat selama sejam dalam penerbangan tujuh jam merentasi lautan Atlantik.

Segelintir penumpang bimbang dengan tindakan juruterbang terbabit yang boleh mencetuskan risiko keselamatan.

Insiden berlaku dalam penerbangan UA161, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Liberty pada pukul 7.40 malam waktu tempatan 22 Ogos dan tiba di Lapangan Terbang Glasgow pada pukul 7.30 pagi 23 Ogos.

Penerbangan itu bagaimanapun terkawal di bawah kendalian tiga kru di bahagian kokpit.

Seorang pesara polis yang kini bertugas sebagai penasihat keselamatan mengambil gambar kapten terbabit selepas dia menukarkan pakaian seragamnya dan tidur di atas katil.

Bercakap kepada Daily Record: "Kapten ke tandas dan menukarkan pakaian kepada kemeja-T sebelum tidur di kelas pertama.

"Bila dia banguna, dia kembali memakai pakaian segaram dan masuk semula ke dalam kokpit.

"Pegwai polis berdepan masalah bila gambar mereka tidur di dalam kereta peronda dirakamkan.

"Saya tidak rasa kapten juruterbang menerusi penerbangan yang dinaiki ratusan penumpang perlu menunjukkan dirinya dalam keadaan begitu.

"Dia tidur selama satu dan setengah jam, kemudian pegawai pertama datang untuk tidur. Penerbangan itu kira-kira tujuh jam.

"Jika juruterbang mahu berehat semasa penerbangan, mereka sepatutnya berbuat demikian tanpa pengetahuan penumpang.

"Saya sudah mengembara ke AS banyak kali tapi saya tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini."

Seorang kru kabin yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan berkata: "Ia bukanlah satu prosedur yang saya tahu.

"Ia kelihatan sangat pelik bila seorang kapten menanggalkan pakaian seragamnya semasa dalam penerbangan.

"Selalunya mereka akan mengambil kerusi lebihan dalam kelas perniagaan tetapi juruterbang akan berehat di antara kokpit.

United Airlines berkata: "Menerusi penerbangan merentasi Atlantik, juruterbang perlu untuk berehat. Pesawat ini dikendalikan oleh tiga kru kokpit dan juruterbang itu dalam waktu rehatnya" - Mirror Online UK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain