suria

Elak kencing merata-rata, Paris sediakan 'peti surat'

Tempat membuang air kecil terbuka mirip peti surat yang diperkenalkan di Paris. FOTO: ThomasSamson/GettyImage

PIHAK berkuasa di Paris tampil dengan idea kreatif bagi mencari penyelesaian dalam membasmi sikap segelintir individu khususnya golongan lelaki yang suka membuang air kecil di merata-rata tempat.

Bandar itu kini sedang menjalankan eksperimen bagi menghasilkan persekitaran yang lebih bersih dengan mewujudkan tempat membuang air kecil mesra alam.

Sekali imbas, ia kelihatan seperti peti surat berwarna merah yang wujud di serata dunia.

Namun, tempat membuang air kecil yang dikenali sebagai Uritrottoir  itu ternyata dapat mengurangkan gejala kotor di sesetengah kawasan di kota itu.

Pihak berkuasa Perancis berkata, kaedah itu merupakan satu 'jalan penyelesaian yang mengejutkan' bagi kawasan yang sering menjadi tempat kaum lelaki membuang air kecil.

"Ia sangat menarik kerana bersifat urban, senang dipasang dan digunakan," ujar mereka menerusi satu kenyataan.

Tempat membuang air kecil mirip peti surat itu mula diperkenalkan pada Mac lalu dan pihak berkuasa akan menambah bilangannya secara berperingkat.

Biarpun dipasang di tempat terbuka, satu bahan khas digunakan bagi menghilangkan bay hancing di sekitar lokasi peti itu ditempatkan. - NPR.

Paris

Artikel Lain