suria

Kurang 24 jam, AS akan 'diserang' ribut raksaksa

WILMINGTON: Pengisytiharan darurat telah dikeluarkan  di beberapa negeri di Amerika Syarikat, manakala lebih sejuta penduduk diarah berpindah dari kawasan berdekatan pantai di tiga negeri menjelang ketibaan taufan Florence.

Ribut kategori empat terkuat dalam tempoh enam dekad itu dijangka membadai Carolina Utara dan Selatan menyebabkan semua sekolah, kolej serta universiti di negeri terbabit ditutup.

Presiden Donald Trump sudah menandatangani pengisytiharan darurat di Carolina Utara dan Selatan sebelum Datuk Bandar Washington turut mengumumkan perintah itu pada Rabu.

Bagi melancarkan proses pemindahan penduduk dari kawasan pantai Carolina Selatan, pihak berkuasa mengalihkan lalu lintas beberapa lebuh raya menjadikan hanya laluan meninggalkan kawasan pantai.

Sehingga semalam, taufan itu sudah menghampiri pantai dan apabila melanda daratan, ia akan menyebabkan ombak besar, hujan lebat sehingga 89 sentimeter dan banjir selain angin selaju 225 kilometer sejam.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan, Ia dijangka melanda bahagian selatan pantai Carolina Utara selewat-lewatnya Jumaat ini.

“Ribut ini adalah raksasa, membawa hujan berhari-hari,” kata Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper.-Reuters
Florence, Trump

Artikel Berikut

Papan tanda paling serabut di dunia!

Artikel Lain