suria

Mangsa pembunuhan ditemui tiada zakar, rupa-rupanya dikerat rakan, simpan dalam jaket

Gambar hiasan. -shutterstock

POLIS di Bogor, Indonesia telah menamakan seorang lelaki berusia 40 tahun, yang dikenal pasti dengan nama YS sebagai suspek dalam kes pembunuhan ngeri yang menyaksikan zakar mangsa dipotong.

Semasa sidang akhbar mengenai kes ini pada Jumaat, polis berkata pembunuhan berlaku di rumah mangsa di daerah Cileungsi, Bogor sekitar pukul 3 pagi Isnin.

Polis berkata YS menyelinap masuk ke bilik mangsa, Nasion Andi, 56, dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu dan mangsa cuba melarikan diri.

"Mangsa menjerit, tetapi dalam keadaan panik, pelakunya membungkus kain di kepalanya dan kemudian menekup bantal di kepalanya," kata Ketua Polis Cileungsi, Asep Fajar memetik Tempo.

Sebaik sahaja Nasion tidak sedarkan diri, YS mengambil pisau dapur dan memotong zakar Nasion sebelum menyimpannya di dalam poket jaketnya.

Dia kemudian mencuri wang dan motosikal Nasion. Tidak jelas bila dia meninggal dunia akibat kecederaannya.

Diselubungi rasa bersalah, YS menyerah diri kepada polis pada Selasa. Dia didakwa dengan pembunuhan yang dirancang, boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

Selepas menyoal YS untuk menentukan motif jenayah yang mengerikan itu, polis berkata tindakan YS didorong oleh kemarahan kerana janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Nasion.

Polis juga berkata YS pernah tinggal di rumah Nasion untuk sementara waktu selepas perniagaan kedai gunting rambutnya gagal.

Walaupun jarang berlaku, terdapat beberapa kes pembunuhan yang melibatkan pemotongan zakar di Indonesia beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada bulan Februari, seorang lelaki di Jambi mengaku membunuh majikannya, memotong zakarnya sebelum merebus dan memakannya.

Lebih teruk lagi adalah kes pada Oktober 2015, apabila seorang lelaki bernama Rudi Efendi dari Lampung membunuh lelaki yang dituduh merogol isterinya.

Rudi berkata dia memotong zakar mangsa, menggorengnya dan kemudian memakannya untuk menyembuhkan rasa sakit hati terhadap mangsa.

Menurut laporan Tempo, pakar psikologi dari Universiti Pancasila, Aully Grashinta tidak menolak kemungkinan kes ini berpunca daripada rasa cemburu akibat hubungan sejenis.

"Memang masih perlu penyelidikan mendalam mengenai motif pembunuhan, namun kecenderungannya menjurus kepada rasa cemburu," kata Aully ketika diminta memberi pendapatnya, Jumaat.

Aully menerangkan, pelaku hubungan sesama jenis sangat terbatas sehingga mereka tidak cukup peluang untuk mendapat pasangan.

"Sehingga kalau cemburu boleh jadi sangat agresif," kata Aully.

potong zakar, cemburu, sejenis

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan