suria

Selepas 10 tahun sembunyi jambang, akhirnya wanita ini rela dianggap pelik

PENNSYLVANIA: Selama 10 tahun wanita ini bercukur dan menyembunyikan jambang yang dimilikinya kerana malu dengan tanggapan umum.

Namun kini, wanita berusia 36 tahun ini mengambil keputusan utnuk tampil dengan wajahnya yang sebenar.

Jessica More dari Newburg, dekat sini mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) di mana kadar hormon lelaki yang tinggi menyebabkan peningkatan pertumbuhan bulu pada wajahnya.

Menurut ahli terapi urutan itu, keyakinan diri yang rendah menyebabkan dia malu berhadapan dengan orang ramai kerana penampilannya yang pelik.

Bagaimanapun, selepas membaca pelbagai kisah mengenai wanita berjambang, Jessica nekad untuk mengekalkan wajah aslinya.

Malahan suaminya, Francis More, 37, turut memberi sokongan pada Jessica dengan cara dia tidak mencukur jambangnya.

“Suami sudah lama memujuk saya agar berhenti bercukur, tetapi saya mengambil masa yang lama untuk mendengar cakapnya.

"Kini, kami sering berkongsi produk seperti minyak dan pencuci jambang. Sokongannya sangat bermakna buat saya,” kata Jessica yang pernah menggunakan produk berasaskan lilin untuk menanggalkan bulu halus pada dagunya.

Jessica mula disahkan menghidap PCOS sewaktu remaja apabila dia menyedari terdapat rambut halus tumbuh di dagunya.

Pada Disember 2017, Jessica memutuskan untuk berhenti menyembunyikan jambangnya selepas  mengalami luka ketika bercukur secara tergesa-gesa di kawasan meletak kereta sebelum menghadiri  mesyuarat. – dailymail.co.uk

Jessica More, Newburg

Artikel Lain