suria

Hasrat bercuti ke AS tak kesampaian akibat tidak sengaja 'mengaku' pengganas

Bandar raya New York. Foto SWNS.com

VISA seorang wanita untuk bercuti di Amerika Syarikat (AS) ditolak, gara-gara secara tidak sengaja memberitahu imigresen AS menerusi borang permohonan bahawa dia seorang pengganas.

Mandie Stevenson, 29, dari Falkirk, Scotland, menempah perjalanan ke New York.

Dia dan teman lelaki, Ross Malcolm merancang untuk menaiki penerbangan ke negara Big Apple pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun dua hari selepas rancangan itu, Mandie yang didiagnos menghidap kanser terminal dikejutkan dengan berita bahawa permohonan visanya ditolak.

Ia disebabkan kesilapannya mengetik satu kotak di dalam borang permohonan yang bertanya sama ada dia mahu terlibat, atau pernah terlibat dalam aktiviti pengganas, pengintipan, sabotaj atau pembunuhan beramai-ramai.

Cubaan pertama Mandie untuk mengisi borang permohonan visa secara dalam talian menggunakan tablet pintar begitu mengecewakan, membuatkan dia mengisi semula dengan tergesa-gesa sehingga membuat pilihan pada kotak berkenaan secara tidak sengaja.

Pasangan itu pada mulanya diminta untuk menangguhkan perjalanan mereka selama sebulan.

"Saya tidak percaya ia berlaku," katanya.

Mandie bernasib baik kerana dapat membuat perubahan pada rancangan percutiannya.

Dia bagaimanapun terlepas peluang untuk menyaksikan perlawnaan hoki ais.

"Saya boleh ketawa mengenainya sekarang tetapi ia merupakan pengajaran untuk mengambil perhatian terhadap borang-borang permohonan ini dan peringatan kepada lain untuk membuat semakan beberapa kali," katanya. - Mirror Online UK

Artikel Berikut

Artikel Lain