KESIBUKAN suami yang sering berjauhan kerana tuntutan tugas terbongkar apabila dia sebenarnya menjalinkan hubungan sulit. Bercakap kepada laman web keibubapaan Kidsport, seorang isteri, Belinda berkata, perkahwinan mereka bertahun-tahun hancur disebabkan kecurangan suaminya. Semuanya bermula apabila dia membuka sebuah buku di di dalam laci meja di sebelah katil dan menemui sekeping kad ucapan Hari Bapa di dalamnya. Katanya, suaminya Eddie sering bertugas di luar kawasan dan hanya pulang ke rumah selama enam hari dan pergi bertugas untuk lapan hari. Keadaan itu memberi cabaran untuk membesar dua anak perempuan mereka, tetapi Belinda tidak pernah mengesyaki sesuatu. Di dalam kad ucapan Hari Bapa itu tertera tulisan kanak-kanak yang menyebut: "Kepada ayah, Selamat Hari Bapa, sayang daripada Nate." Belinda pada awalnya berharap buku tersebut dipinjam daripada seorang rakan, tetapi nalurinya mahu menyiasat perkara itu. Belinda bersemuka dengan Eddie dan bertanyakan siapakah Nate. Bercakap kepada Kidspot: "Reaksi wajah Eddie berubah serta-merta dan dia mengaku kesal di atas apa yang berlaku, malah ia sesuatu yang lebih buruk daripada apa yang saya fikirkan." Pada mulanya, Belinda menyangka Nate adalah anak hasil hubungan sulit suaminya, tetapi ia sebenarnya adalah nama seorang wanita. Eddie menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita bernama Natasha selama 10 tahun, dan mempunyai pasangan di dua bandar yang berlainan. Suami Belinda memutuskan untuk meneruskan hubungan dengan 'kekasih gelap'nya itu, tetapi berjanji untuk menjaga dua anak perempuan mereka. Perasaan Belinda hancur berdepan dengan keadaan itu disebabkan kecurangan suaminya. Dia kemudian cuba menghubungi Natasha di Facebook dan menghantar gambar keluarganya supaya skandal suaminya itu untuk memberitahu status Eddie yang sebenarnya. - Mirror Online UK