suria

Tak serik dilabel individu paling malang dalam politik, John Turmel bertanding kali ke-96.

TAHUN 1979 merekodkan penyertaan sulung John Turmel sebagai calon pilihan raya dan matlamatnya adalah untuk memastikan kegiatan perjudian sah di sisi undang-undang.

Bagaimanapun, isu yang diperjuangkan Turmel hanya membolehkan dirinya mendapat sebanyak 193 undi sahaja.

Kini setelah empat dekad, Turmel telah bertanding sebanyak 95 pilihan raya dan telah menjawat pelbagai kedudukan termasuk kaunselor dan wakil rakyat.

Sering kali bertanding secara sendirian, undi minimum yang pernah diperoleh Turmel adalah 11, manakala maksimum sebanyak 4,500 undian.

"Orang malang gagal lagi", demikian catatan pada sebuah artikel.

Susulan itu, sebuah radio stesen memberi gelaran "orang paling malang dalam politik" kepada Turmel.

"Saya kerap ditahan polis.

"Jadi saya bertanding di dalam pilihan raya pada 1979 untuk pastikan kegiatan perjudian sah di sisi undang-undang supaya saya tidak ditahan lagi," katanya.

Kini, Turmel mencuba nasib lagi dan kempen terbaru bermatlamat untuk memastikan dadah dan aktiviti pelacuran sah di sisi undang-undang.

"Adakah saya rasa bersalah? Tidak", kata Turmel ketika sesi menemubualnya di Brantford, Ontario Selatan.

Namun, dia mengakui tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku terhadap dirinya, malahan beliau juga tidak malu dengan pelbagai jolokan kepadanya.-SMCP


Turmel, politik