suria

Ramai berterima kasih! Pelawak buat 4,000 putus hubungan, bercerai selepas muncul di Netflix

SEORANG pelawak berusia 28 tahun, Daniel Sloss mendakwa pertunjukan lawaknya menyebabkan lebih 4,000 hubungan terputus, 17 pertunangan dibatalkan dan sembilan perceraian dalam masa 10 hari.

Sloss pertama kali muncul di Netflix beberapa hari lalu dan mendapat perhatian antarabangsa gara-gara dua pertunjukan khasnya, Dark dan Jigsaw.

Ia ditayangkan di 190 negara dalam 26 bahasa.

"Lawak itu adalah 20 minit dan tidak pernah bermaksud untuk membuatkan pasangan putus hubungan. Ia hanya satu kesan gembira daripadanya," kata Sloss kepada Daily Record.

Dia telah berkongsi posting mesej-mesej yang diterimanya di laman Instagram.

"Ia adalah surat cinta kepada orang yang 'single', menegaskan bahawa kebanyakan masa, hidup 'single' adalah lebih baik berbanding berada dalam hubungan.

"Hasilnya ia menjadi satu gema dengan ramai yang 'membuang' pasangan mereka. Sebelum di Netflix, hanya 500. Sekarang lebih dari meningkat dan ia adalah angka yang disahkan, berdasarkan orang yang telah menghantar mesej kepada saya.

"Saya tak akan terkejut jika ia bukan empat kali lebih tinggi. Ia adalah surat cinta kepada orang 'single' untuk menunjukkan bahawa kebanyakan masa, hidup seorang adalah lebih baik berbanding berada dalam hubungan," tambahnya.

Paparan skrin salah satu mesej yang diterima Sloss dan dikongsi di Instagramnya.

Salah seorang peminatnya menulis di Twitter: "Saya ingin katakan bahawa kamu boleh menambah satu lagi perceraian dari perkahwinan penuh emosi selama tiga tahun dalam senarai kamu.

"Saya baru sahaja menonton rancangan anda dan saya mempunyai keraguan sama ada saya telah membuat keputusan yang tepat. Bagaimanapun, persoalan dan situasi yang anda bawakan mengesahkan bahawa adalah OK untuk menyatakan bahawa saya berhak mendapat yang lebih baik."

Walau bagaimanapun, tidak semua maklum balas yang diterimanya positif. Dia juga menerima kritikan daripada beberapa individu.

Tetapi dia bergurau: "Statistik itu tidak lucu." -Mirror

Netflix, Daniel Sloss, cerai

Artikel Lain