SEORANG pemandu tergamam apabila melihat seorang bayi sedang merangkak di tengah jalan di New Jersey. "Saya ingatkan ia adalah patung mainan, namun sebenarnya seorang bayi apabila melihat dia mula merangkak. Jantung saya hampir berhenti dan mula berbuat sesuatu," kata Cory Cannon kepada Asbury Park Press. Menurut Cannon, dia terus menghentikan kenderaannya dan menghalang kenderaan lain untuk mengelakkan bayi dilanggar. Bayi tersebut kemudiannya diselamatkan oleh salah seorang yang datang daripada perumahan berdekatan dan tidak dapat dipastikan sama ada bayi tersebut miliknya ataupun tidak. Cannon sempat merakam gambar bayi berusia 10 bulan itu yang sedang merangkak. "Saya tidak mahu kejadian seperti ini berlaku lagi. Sebab itu saya mengambil gambar dan menghubungi polis serta memberi alamat lokasi," katanya kepada CBS. Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu WABC7-TV bahawa kemungkinan bayi itu merangkak keluar menerusi pintu rumah yang terbuka tanpa disedari oleh adik-beradiknya yang lain.- Huffpost