suria

Perompak potong telinga isteri pakar bedah

POLIS telah melancarkan satu operasi memburu empat penjenayah secara besar-besaran yang melakukan satu rompakan ganas di sebuah rumah seorang pakar bedah terkemuka di wilayah tengah Chieti, Itali Selatan pada hujung minggu.

Mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat tumbukan bertubi-tubi manakala perompak terbabit turut memotong telinga isterinya ketika jenayah itu berlaku, lapor agensi berita Itali Ansa.

Kumpulan itu menggunakan kereta mangsa untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, anak pasangan itu yang juga orang kurang upaya tidak dicederakan.

Perompak, telinga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain