suria

Tragis! Abang bunuh adik perempuan dan suami jutawan, tanam mayat di taman

-fotoAP

SEORANG lelaki dari Thailand didakwa membunuh adik perempuannya dan suami, seorang ekspatriat yang bergelar jutawan dari British.

Mayat Alan Hogg, 64, dan isterinya yang berusia 61 tahun, Nhot Suddaen ditemui ditanam di taman kawasan hartanah mereka di wilayah Phrae, Thailand, polis tempatan mengesahkan.

Abang kepada wanita yang dibunuh, Warut Satchakit, 63, bersama dua lagi lelaki, Phia Kamsai, 63, dan Kittipong Kamwan, 24, telah ditahan berhubung pembunuhan pasangan itu pagi Selasa.

Menurut polis, Kamwan telah memberitahu mereka bahawa Satchakit telah memukul adiknya sendiri dengan tukul besi selepas mengupah dia dan Phia untuk membantu melakukan pembunuhan pada 18 September.

Major Genneral Kissana Phatanacharoen berkata: "Kittipong mengaku dia terlibat. Warut memukul adik perempuannya di kepala sehingga dia jatuh. Dia kemudian memukulnya sehingga mati.

"Phia berkata dia adalah orang yang membunuh Alan dengan senapang patah."

-foto AP

Polis berkata Satchakit akhirnya mengaku mengeluarkan arahan bunuh disebabkan pertikaian keluarga selepas pada mulanya menyangkal dia terbabit.

Left Gen Poonsap Prasertsak menambah: "Ketiga-tiga lelaki itu akan dikenakan pertuduhan melakukan pembunuhan terancang. Mereka telah membunuh pasangan itu.

"Warut, mengatur pembunuhan itu dan membayar 50,000 baht (£1,170) kepada rakan jenayahnya. Kedua-dua rakannya mengaku melakukannya tetapi abangnya menafikan terlibat.

"Kami yakin bahawa abangnya ada di sana. Dia mengaku benci kepada Alan dan adik perempuannya dan mempunyai banyak masalah dengan mereka.

"Terdapat bukti yang cukup untuk kami mendakwanya.

"Satchakit pada mulanya ditangkap tidak lama selepas adik perempuannya hilang bersama suaminya pada Khamis. Rakaman CCTV menunjukkan dia mencuri salah sebuah kereta mereka.

"Dia kemudian dibebaskan tetapi tuduhan-tuduhan baru timbul apabila kedua-dua rakannya dapat dikesan apabila cap jari mereka ditemui di dalam kereta yang dicuri itu," katanya.

-foto Viral Press

Hogg, jurutera petroleum yang telah bersara dan isterinya telah bersama selama 30 tahun.

Siasatan besar-besaran polis dilancarkan selepas pasangan itu dilaporkan hilang.

Polis berkata mereka percaya pasangan itu telah mati kira-kira seminggu sebelum mayat mereka ditemui.

Jurucakap Pejabat Luar dan Komanwel UK berkata: "Kakitangan kami sentiasa menyediakan sokongan kepada keluarga pasangan Inggeris yang telah meninggal dunia di Thailand dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan."

bunuh, tanam

Artikel Lain