suria

Ditanya adakah masih menonton siri Suits, jawapan Meghan begitu mengejutkan

Meghan Markle. Foto Reuters

MEGHAN Markle terlibat dalam drama bersiri Suits dengan melakonkan watak seorang peguam bernama Rachel Zane, selama tujuh tahun.

Para pengikut drama itu kecewa selepas Meghan terpaksa meninggalkan drama itu termasuk kerjaya lakonannya kerana mahu menumpukan peranan sebagai sebahagian keluarga diraja.

Isteri kepada Putera Harry itu menjadi tanda tanya sama ada dia mengikuti musim terbaharu drama tersebut.

Sepasang beradik kembar bertemu dengan Duchess of Sussex di sebuah majlis diraja.

Menurut The Express, pasangan kembar itu bertanyakan Meghan sama ada dia menonton episod terbaharu Suits.

Meghan dipercayai membalas secara ringkas dengan mengatakan "tidak" sebelum menukarkan topik perbualan.

Walaupun tidak mengikuti rancangan itu, Meghan masih berhubung rapat dengan barisan pelakon siri itu.

Kebanyakan pelakon siri tersebut menghadiri majlis perkahwinan Meghan di Gereja St George pada Mei lalu.

Dalam satu wawancara bersama Putera Harry mengenai pertunangan mereka pada 2017, Meghan mendedahkan mengenai perasaannya untuk meninggalkan siri Suits.

"Saya telah berada dalam program itu selama tujuh tahun. Kami sangat beruntung kerana dapat berada lama di dalam sesebuah siri.

"Bagi saya, apabila mencecah 100 episod, saya fikir, saya telah 'menandakan kotak ini' (capai sasaran), dan saya berasa amat bangga dengan kerja yang saya lakukan di sana, dan kini adalah masa untuk bekerja sebagai pasukan bersama (Harry)," kata Meghan. - Mirror Online UK

Meghan Markle, Suits

Artikel Lain