suria

Sudahlah menipu dirogol, pakai pula 'baby bump' palsu kononnya hamil

GARA-gara menipu kehamilannya, seorang wanita sanggup memakai 'baby bump' palsu selepas berbohong mengenai dakwaan dia dirogol bekas teman lelakinya.

Jessica Nordquist, 25, didakwa amat obses dengan Mark Weeks meskipun hubungan mereka sudah pun berakhir pada November tahun lalu.

Susulan itu, Nordquist mendakwa dia telah diculik dan hanya bekas teman lelakinya dapat menyelamatkan dirinya.

Sebuah mahkamah di Snaresbrook, London diberitahu wanita itu turut mendakwa terlalu obses dengan Weeks sehingga sanggup menyukai setiap gambar bekas kekasihnya di Instagram.

Pasangan itu bekerja bersama-sama di sebuah agensi pengiklanan, Unruly dan Nordquist didakwa menghantar e-mel kepada klien dengan memberitahu Weeks adalah seorang perogol.

Pengurus Sumber Manusia Olivia Goodman menerima teks mesej daripada Weeks mengenai dakwaan bahawa bekas kekasihnya itu masih obses dengan dirinya.

Goodman menghubungi rakan sejawatannya, Rachel Exley yang membantu memindahkan Nordquist dari United Kingdom ke New York.

Jessica Nordquist.

Exley tahu Nordquist dan Weeks sedang bercinta dan terdengar lelaki itu sudah memutuskan hubungan mereka.

"Nordquist pergi ke New York untuk bercuti. Dia berkata mereka bergaduh kerana Weeks tidak mahu meneruskan hubungan mereka.

"Dia (Nordquist) amat sedih. Pada pendapat saya dia bertindak demikian kerana hubungan mereka amat singkat.

"Tidak lama kemudian, Nordquist menghantar mesej kepada saya bahawa dia sedang hamil 8-10 minggu," kata Goodman.

Nordquist kemudian menghantar mesej semula kepada Exley mengenai kehamilannya, tapi kali ini dengan gambar ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

Exley percaya dengan pembohongan Nordquist kerana gambar yang dihantarnya diambil di dalam sebuah bilik mandi di Unruly.

Exley dan Goodman didakwa bersubahat membuat aduan dibuat oleh Nordquist dan Weeks ke atas satu sama lain.

Weeks memberitahu dia menerima e-mel daripada akaun palsu termasuk satu akaun menggunakan nama rakannya mendakwa Nordquist telah diculik dan dirogol.

Nordquist dari Whitechapel, timur London tidak mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghendap, dua pertuduhan menghantar komunikasi berniat jahat dan satu dakwaan memutarbelitkan keadilan.

Perbicaraan masih lagi diteruskan.

hamil, tipu

Artikel Lain