suria

'Otai' berjaya selesaikan Matematik rumit tidak terjawab selama 160 tahun

SEORANG pakar matematik terkemuka dunia akhirnya berjaya menyelesaikan hipotesis Riemann yang berusia 160 tahun.

Lebih membanggakan, dia juga bakal dianugerahkan AS$1 (RM4.14 Juta) jika penyelesaiannya disahkan tepat.

Sir Michael Atiyah yang pernah memenangi dua anugerah Matematik Fields Medal dan Abel Prize membuat penyelesaian itu ketika tampil di forum Heidelberg Laureate di Jerman pada Isnin.

Untuk menyelesaikan hipotesis tersebut, dia perlu mencari jalan untuk meramalkan kewujudan setiap nombor perdana, biarpun mengikut kebiasaan lampau, nombor tersebut diedarkan secara rawak.

Penyelesaian Aityah perlu disemak dan disahkan oleh ahli Matematik lain terlebih dahulu sebelum diterbitkan, bagi melayakkan dirinya menuntut hadiah dari Institut Matematik Clay Cambridge (CMI).

Hipotesis Riemann adalah salah satu daripada tujuh 'Hadiah Milenium' yang tidak pernah berjaya diselesaikan oleh mana-mana individu termasuk ahli CMI sendiri.

Hipotesis tersebut mula dikemukakan oleh Bernhard Riemann pada tahun 1859.

Ia merupakan soalan lama mengenai bilangan prima (nombor yang hanya membahagikan diri sendiri dan 1. sahaja).

Hipotesis menyatakan bahawa pengedaran bilangan prima tidak rawak, tetapi mungkin mengikuti pola yang dijelaskan oleh persamaan yang disebut sebagai fungsi Riemann zeta.

10,000,000,000,000 nombor perdana telah diperiksa dan mendapati ia konsisten dengan persamaan, tetapi tidak ada bukti bahawa semua nombor prima mengikuti corak tersebut.

Oleh itu, hadiah AS$1 (RM4.14 Juta) juta bakal diberikan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan persamaan itu.

Pada Isnin, Atiyah menggunakan pendekatan 'radikal baharu' kepada hipotesis, menurut penjelasannya mengenai penyelesaian yang dilakukannya.

Markus Pössel, ahli astrofizik di Heidelberg, Jerman, bertindak menulis semula penyelesaian Atiyah untuk membantu memperjelas proses tersebut.

Dalam pada itu, Atiyah berkata dia menggunakan jalan penyelesaian dari John von Neumann dan Friedrich Hirzebruch untuk membantunya menyelesaikan masalah itu.

Atiyah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai presiden Persatuan Matematik London, Royal Society dan Royal Society of Edinburgh. -Insider

Matematik, Sir Michael Atiyah, CMI

Artikel Lain