suria

Duit gugur kandungan beri kepada lelaki lain, bapa 4 anak bunuh perempuan simpanan

SEORANG suami di Florida yang dituduh membunuh perempuan simpanannya yang sedang hamil lapan bulan dilaporkan bertindak sedemikian kerana marah wang yang diberikan tidak digunakan untuk menggugurkan kandungan.

Jose Soto-Escalera ditahan pada Jumaat untuk dua tuduhan pembunuhan kelas pertama selepas mayat Tania Wise, 23, yang sedang hamil ditemui di tepi jalan sunyi di St Lucie County, bulan lepas.

Soto-Escalera, yang telah berkahwin dengan wanita lain, mempunyai hubungan romantis dengan Wise dan juga bapa kepada bayi dalam kandungan Wise, yang mana Wise merancang untuk menamakannya Yosia.

Polis berkata ketika dibunuh, Wise hanya tinggal satu minggu lagi dari tarikh dia dijangka bersalin.

Menurut afidavit penangkapan yang dikeluarkan pada Isnin, Soto-Escalera mahu Wise menggugurkan kandungannya dan dilaporkan marah apabila wanita itu tidak melakukannya.

Soto-Escalera berkata dia telah memberikan Wise AS$500 untuk menggugurkan kandungan tetapi dia memberikan wang itu kepada lelaki lain yang ditemuinya, lapor New York Post.

"Wise tak gugurkan kandungan dan Escalera marah kerana Wise mempermainkannya", menurut afidavit itu.

Polis berkata Soto-Escalera pada mulanya menafikan mengadakan hubungan seksual dengan Wise tetapi DNA membuktikan dia adalah bapa kepada bayi yang belum sempat dilahirkan itu.

Wise, yang hamil anak kedua, ditemui mati pada 24 Ogos, sehari selepas dia memberitahu rakannya bahawa dia akan bertemu Soto-Escalera.

Sheriff Ken J Mascara pada Jumaat berkata ramai saksi telah melihat trak Soto-Escalera di kawasan mayat Wise ditemui.

Turut dilaporkan traknya dilihat berhampiran kediamannya pada malam wanita itu hilang.

Menurut afidavit, data selular menunjukkan Soto-Escalera menghubungi isterinya sekitar 10 malam dari lokasi berhampiran tempat kejadian.

Penyiasat berkata mereka tidak percaya bahawa isterinya tahu tentang hubungan mereka.

Soto-Escalera ditangkap semasa memandu kereta isterinya dan memiliki pistol.

Dia telah dibawa ke Penjara St. Lucie County.

Wise mempunyai anak lelaki lain bernama Jamar dari hubungan sebelumnya manakala Soto-Escalera mempunyai empat orang anak. -Mail Online

gugur, hamil, wanita simpanan

Artikel Lain