suria

Ditahan kerana simpan mayat bayi dalam loker selama empat tahun

POLIS menahan seorang wanita berusia 49 tahun selepas dia mengaku menyimpan mayat bayinya yang mati semasa dilahirkan di dalam sebuah lokar dalam stesen kereta api kira-kira empat tahun lalu.

Emiri Suzaki mengaku menyembunyikan mayat bayinya di dalam beg plastik selepas dia mati semasa dilahirkan kira-kira empat atau lima tahun lalu.

"Saya panik selepas bayi yang dilahirkan mati dan bertindak menyimpan mayat bayi tersebut kerana saya tidak dapat menghapuskannya," katanya yang menyerah diri ke sebuah balai polis pada Isnin lalu.

Polis menjumpai mayat seorang bayi dalam bungkusan plastik di dalam sebuah loker di Stesen JR Uguisudani, Tokyo keesokan harinya, lapor Kyodo News.

Wanita itu dipercayai membuat bayaran harian sebanyak 1.37 pound sehari untuk memastikan mayat bayinya tersimpan di dalam loker tersebut.

Suzaki menyerah diri kepada polis selepas dipaksa keluar dari rumah yang dikongsi bersama dengan kenalan lelakinya kerana bergaduh.

Dia terlupa untuk mengambil kunci loker tersebut dan bimbang rahsianya akan terbongkar.

Wanita itu ditahan kerana meninggalkan mayat bayinya dengan niat.

Polis sedang menyiasat kes itu tetapi memberitahu jantina bayi tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana mayatnya sudah mereput. - mirror.co.uk

mayat, bayi, loker

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain