DUA maut manakala dua lagi cedera parah selepas pesawat peribadi yang dinaiki mereka terhempas di South Carolina, Amerika Syarikat. Pesawat peribadi itu mendarat di Lapangan Terbang Greenville Downtown pada pukul 1.40 petang Khamis (1.40 pagi Jumaat waktu Malaysia). Bagaimanapun ia terbabas dan melanggar pagar, mengakibat badan pesawat terputus dua. Jabatan Polis Greenville memberitahu, empat orang menaiki pesawat itu, terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita. Dua maut dalam nahas, manakala dua lagi cedera parah. Foto WVTM Mangsa merupakan dua juruterbang dan dua penumpang yang pasangan berkahwin. Jurucakap Jabatan Bomba Bandar Greenville, Tristan Johnson mengesahkan dua maut dalam nahas itu. Menurut WSPA, Johnson berkata, mangsa yang maut adalah juruterbang dan pembantu juruterbang. Sementara itu, kedua-dua penumpang di hospital dalam keadaan kritikal. - Mail Online UK