SEORANG perogol yang dipenjarakan atas kesalahan melakukan serangan seksual ganas dijumpai mati di dalam sebuah sel penjara. Mayatnya ditemukan sehari di HMP Manchester selepas dijatuhkan hukuman mati oleh Hakim Hilary Manley. Difahamkan, mayatnya dijumpai oleh seorang kakitangan penjara pada awal pagi, lapor Manchester Evening News. Sehari sebelum kematiannya, Ferguson dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Mahkota Manchester. Ferguson didapati bersalah untuk tiga jenayah rogol dan satu tuduhan berkaitan kelakuan memaksa-maksa. Satu siasatan berhubung kematiannya sedang dijalankan dan difahamkan tiada unsur mencurigakan berlaku. Pada Februari, banduan Simon Mellors, 56, dijumpai mati di sel penjara yang sama. Ben Kelbie, 32, juga ditemukan mati di Penjara Strangeways pada tahun ini ketika menunggu keputusan hukuman daripada mahkamah. - Mirror UK