suria

Mahu anak 1 tahun berhenti menangis... bapa gam mulut, mata, tekup dengan bantal

Gambar hiasan.

SEORANG bapa bertindak kejam untuk membuatkan anaknya yang baru berumur setahun berhenti menangis, dengan menutup mata dan mulutnya menggunakan gam pelekat kuat.

Polis di Odessa, Texas di Amerika Syarikat mendapat panggilan ke sebuah bilik hotel yang menemukan mereka dengan kanak-kanak itu yang ditekupkan dengan timbunan bantal dan selimut.

Suspek turut didakwa memukul anak perempuannya tetapi melarikan diri sebelum polis tiba di tempat kejadian.

Media tempatan, WQAD melaporkan pihak berkuasa telah menahan bapa mangsa.

Johnnie Lee Carter ditahan polis pada Isnin. Foto Mirror

Menurut Jabatan Polis Odessa, Johnnie Lee Carter, 29, ditahan di El Paso pada Isnin di atas tuduhan mencederakan kanak-kanak sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada badan.

Saluran berita itu melaporkan Carter melarikan diri selepas polis mendapat panggilan berhubung kejadian pada 16 September lalu.

Menerusi dokumen mahkamah, dia didakwa mencekik dan menumbuk kanak-kanak itu sebelum menyapu gam pelekat kuat pada muka mangsa. - Mirror Online

Artikel Lain