suria

Lelaki penggal kepala rakan baik gara-gara ada hati terhadap ibu

TINDAKAN seorang lelaki berjalan kaki sambil memegang kepala rakan baiknya yang dipenggal dalam keadaan berlumuran darah menggemparkan orang ramai.

Dua lelaki hanya dikenali sebagai Giresh dan Pashupati bertengkar dalam sebuah pesta di India ketika sedang bekerja bersama-sama sebelum kejadian menggerikan itu berlaku.

Mereka dilaporkan saling bermusuhan antara satu sama lain sejak tiga tahun lalu.

Permusuhan mereka bagaimanapun berakhir apabila Pashupati, 24, didakwa memenggal kepala Giresh, 36.

Insiden menggerikan yang berlaku di sebuah kawasan terpencil di bandar Mandya, India dipercayai berlaku kerana Giresh menyimpan perasan cinta terhadap ibu Pashupati.

Menurut saksi, lelaki muda itu menunggang motosikal sejauh 20km ke bandar Mandya dengan membawa bersama kepala mangsa.

Dalam satu rakaman video, Pashupati dilihat berjalan kaki ke arah balai polis sambil membawa kepala Giresh.

Pashupati ditahan atas dakwaan membunuh.

Superintenden Shivaprakash Devaraj berkata:"Kami sedang menyiasat insiden itu tetapi suspek dan mangsa merupakan rakan baik."

"Mangsa dipercayai maut pagi tadi sebelum kepalanya dibawa ke balai polis.

"Pashupathi memberitahu pegawai penyiasat bahawa Giresh bercakap buruk tentang ibunya sehingga mencetuskan pergaduhan antara mereka," katanya.

Insiden dipercayai berlaku pada 30 September lalu.

Polis berkata ia adalah kes ketiga membabitkan insiden penggal kepala di bandar itu minggu ini. - Mirror.co.uk

penggal, kepala

Artikel Lain