suria

12 pelajar di sebuah sekolah menengah hamil serentak

Gambar hiasan.

BERITA kehamilan serentak 12 pelajar di sebuah sekolah menengah disifatkan sebagai satu kes yang serius dan mengejutkan pelbagai pihak.

Insiden yang berlaku di Lampung, Sumatera itu mendapat perhatian Persatuan Perancangan Keluarga Indonesia (PKBI).

Pengarah PKBI, Dwi Hafsah Handayani berkata, pihaknya kecewa apabila sekolah terbabit merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan mereka.

Remaja yang hamil itu terdiri daripada mereka yang berada di kelas VII, VIII, IX.

"Pihak sekolah memberitahu semua pelajarnya bersih, tetapi bila diperiksa ada 12 remaja yang hamil," katanya.

Sementara itu, tinjauan PKBI di sekitar Lampung mendapati sekurang-kurangnya 100 kondom terjual dalam tempoh sebulan.

Menurutnya, perkara itu sesuatu yang membimbangkan dan menuntut pihak sekolah lebih agresif dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

"Selain ibu-bapa, pihak sekolah juga memainkan peranan penting bagi memastikan golongan remaja menghindari aktiviti tidak bermoral," katanya.

Kes pelajar hamil bukanlah suatu yang baharu.

Sebelum ini, kes pelajar hamil pernah berlaku di sebuah sekolah menengah di Makassar.

Lebih mengejutkan, pelajar itu bersalin sendirian di dalam tandas semasa sesi persekolahan sedang berlangsung pada 18 Januari lalu. - Tribunnews

hamil, pelajar

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan