suria

Nenek 82 tahun hampir dirogol, polis giat buru suspek

Mangsa diekori sebelum hampir dirogol di kediamannya. FOTO HIASAN: Catch News

KATA orang, malang tidak berbau. Begitulah gambaran nasib seorang wanita berusia 82 tahun apabila dia diekori seorang lelaki sebelum dicabul di kediamannya.

Insiden itu berlaku pada 21 September lalu berhampiran Courtland Avenue di Bronx, New York.

Pasukan polis kini giat memburu suspek selepas ahli keluarga wanita itu membuat laporan polis beberapa hari selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurut polis, suspek mengekori mangsa sebelum masuk masuk ke dalam rumahnya.

Selepas itu, suspek dikatakan merebahkan wanita itu sebelum menanggalkan pakaiannya.

Namun, mangsa bernasib baik dan tidak sempat dirogol kerana terdapat ahli keluarga mangsa yang menyedari insiden itu.

Lebih teruk, mangsa tidak mampu untuk bercerita mengenai kejadian itu kerana dia disifatkan sudah nyanyuk.

Suspek dikatakan berusia dalam lingkungan 35 tahun dan memiliki ketinggian sekitar 5 kaki 10 inci.

Kali terakhir suspek dilihat mmakai baju berwarna putih dan berseluar hitam dengan topi. - ABC7.NY.

Rogol, New York, Nenek

Artikel Lain