suria

Menyedihkan, anak 7 tahun hantar mesej pada ibu yang dah mati tapi...

MENYELINAP masuk ke dalam dapur dan menekan telefon bimbit milik bapanya, Deena Kalinin, 7, menghantar pesanan mesej kepada ibu tersayang.

"Saya harap ibu tidak sakit lagi. Saya baharu pulang dari (kelas) gimnastik. Sayang Deena."

Malangnya, mesej Deena tidak pernah berbalas kerana ibunya, Hayley meninggal dunia bulan lalu pada usia 37 tahun.

Ibu empat anak itu meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser payu dara selama tujuh tahun.

Pada satu ketika, dia dimaklumkan hanya mempunyai tempoh masa lapan bulan untuk hidup.

Namun Hayley menguatkan semangatnya untuk terus melawan penyakit itu dengan menjalani rawatan alternatif.

"Tahun ini dalam satu acara di sekolahnya, Deena mahu memastikan ibunya menjadi salah seorang penonton. Dia kemudian berlari memeluk ibunya.

Kenangan Hayley bersama Deena.

"Sekarang dia mahu bercakap dengan ibunya. Dia bertanya kepada saya sama ada kami boleh mengambil ibu angkat. Saya perlu beritahu perkara tidak semudah itu.

"Hayley menikmati waktu bersama dengan anak-anak. Satu-satunya harapan dia adalah berharap agar dia tidak dilupakan," kata Andy Kalinins, suami Hayley.

Bagi Deena, memori bersama ibunya tidak pernah padam.

Setiap malam Deena akan tidur di katil ibunya bersama dengan seekor patung arnabnya.

Hayley bertemu Andy yang juga jurulatih bola sepak, mendapati ada ketulan pada putingnya sebelum dia mengandungkan Deena.

Pada awalnya, doktor memaklumkan bahawa Hayley menghidap ekzema.

Namun dia disahkan menghidap kanser selepas menjalani biopsi. - Mirror.co.uk

kanser

Artikel Lain